Home Segmen Kesihatan CARA RAWAT PUTING MELECET AKIBAT MENYUSU BAYI

CARA RAWAT PUTING MELECET AKIBAT MENYUSU BAYI

264
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Puting susu yang luka atau melecet sering berlaku terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak.

Keadaan ini boleh menjadi sangat tidak selesa dan menyebabkan rasa pedih yang mencucuk pada puting.

Tanpa disedari, ini boleh menjadi satu cabaran menyakitkan buat ibu menyusu.

Keadaan puting yang melecet biasanya akan kelihatan merah, sensitif dan mungkin ada luka kecil.

Kadangkala kulit di sekitar puting kelihatan kering atau menggelupas, malah sekiranya luka itu teruk, ia boleh berdarah.

Punca keadaan ini berlaku boleh jadi disebabkan lekapan bayi pada payudara tidak betul, penggunaan pam susu yang tidak sesuai, kekerapan menyusu yang tinggi dan jangkitan kulat, kulit kering atau sensitif.

Selain itu, ada beberapa cara untuk merawatnya seperti:

1.Betulkan lekapan bayi dengan cara pastikan bayi melekap pada aerola (bahagian gelap sekeliling puting) bukan hanya pada puting.

2.Biarkan puting kering semulajadi selepas menyusu kerana susu badan mempunyai sifat penyembuhan.

3.Boleh cuba menggunakan breast pad tetapi pastikan ia tidak terlalu lembap.

4.Berehat sekiranya perlu, atau pam susu untuk sementara waktu dan beri bayi susu menggunakan botol.

5.Rawat jangkitan sekiranya ada (seperti nanah).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here