Home Buletin Semasa BUAH-BUAHAN SELUDUP BERNILAI LEBIH RM9,000 DIRAMPAS

BUAH-BUAHAN SELUDUP BERNILAI LEBIH RM9,000 DIRAMPAS

141
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas buah-buahan bernilai RM9,940 disyaki diseludup dari negara jiran ketika menjalankan operasi di Kampung Gual Periok, di sini, pada 5.30 petang, kelmarin.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan berkata, buah-buahan itu dibawa masuk oleh seorang wanita Thailand berumur 43 tahun melalui laluan haram untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Pihak kami yang menjalankan operasi itu menahan sebuah kenderaan kelihatan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan.

“Setelah diperiksa, buah-buahan tersebut ditemui dalam kereta suspek tanpa dokumen yang sah,” katanya.

PGA membawa barangan rampasan itu ke Komtak PGA Taman Bakti untuk disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here