Home Buletin Semasa PGA TUMPAS KEGIATAN SELUDUP PAKAIAN

PGA TUMPAS KEGIATAN SELUDUP PAKAIAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan pakaian yang dikesan di Jalan Baru Pengkalan Kubor, di sini, pada Sabtu.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan, sepasukan anggota Batalion  (BN) 8 PGA turut menahan seorang lelaki berumur 26 tahun dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.

Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 4.30 petang apabila menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 88 guni barang bundle seperti pakaian, kasut dan beg yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah,”katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya nilai rampasan keseluruhan bernilai RM1.2 juta termasuk nilai kenderaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here