Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Bukan hanya sekadar kehilangan suami tercinta akibat penyakit paru-paru berair akhir Jun tahun lalu, namun seorang warga emas turut diduga dengan rumah yang didiami ditenggalami banjir November lalu.
Rofiaah Ibrahim, 68, dari Kampung Tok Rusa, Meranti, di sini kini tinggal bersama tiga anak dan lima cucunya yang berusia empat bulan hingga 15 tahun di rumah tersebut.
Bagi membantu meringankan beban keluarga Rofiaah, Koordintator 3rd Force Pasir Mas, Wan Zalilah Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul dana untuk menyiapkan rumah Rofiaah.


“Kami di 3rd Force membantu keluarga ini bagi membina sebuah rumah untuk didiami mereka sekeluarga.
“Setakat ini, kami masih mengumpul dana lebih kurang RM30,000 bagi menyiapkan rumah Rofiaah,”katanya.
Menurut Zalilah, tiga anak yang tinggal bersama Rofiaah hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu.
“Kami sangat mengalu-alukan mereka yang sudi untuk membantu memberi sumbangan bagi menyiapkan proses pembinaan rumah Rofiaah.
“Kini mereka tinggal di rumah sewa berdekatan kerana rumah mereka masih belum siap sepenuhnya kerana kekurangan dana,”katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hubungi Zalilah atau dikenali KakLah 3rd Force di talian 018-271 8969.
IMedikel TV






