Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Bibir biasanya kurang mendapat perhatian yang sama seperti kulit wajah.
Malah, majoriti ramai hanya menitikberatkan penjagaan wajah sahaja, tetapi terlupa untuk menjaga bibir mereka dwengan baik.
Bagi wanita, bibir yang sihat semestinya berwarna merah jambu. Tetapi, sekiranya tidak dijaga dengan baik, lama-kelamaan warnanya boleh bertukar menjadi bibir hitam.
Ada yang mempunyai rupa yang menawan namun bibir agak gelap dan kusam.
Meskipun ia adalah impian ramai untuk mendapat bibir yang berwarna merah jambu namun tidak ramai tahu cara untuk menjaganya.
Tahukah anda bibir gelap bukan sahaja terjadi kepada mereka yang merokok sahaja, tetapi ia juga berlaku disebabkan kekerapan meminum minuman yang berkafein.
Terdapat beberapa cara untuk mendapat bibir yang sihat, cantik dan berwarna merah jambu, antaranya ialah:
- Exfoliate: Selain menggunakan berus gigi, anda juga boleh gunakan bahan-bahan seperti gula atau serbuk teh sebagai skrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada kawasan bibir.
- Minum air dengan mencukupi: Kawasan bibir yang paling terkesan sekiranya tidak minum air dengan cukup. Oleh sebab itu, pastikan kita minum air untuk elakkan bibir daripada kering.
- Gunakan pelembab untuk elak bibir hitam: Gunakan lip balm untuk melawan kekeringan serta boleh guna pelembap bibir yang mempunyai perlindungan SPF kerana bibir anda menerima banyak sinaran matahari, lebih-lebih lagi bahagian bawah bibir.
- Pastikan guna produk yang betul: Gunakan produk yang berkesan dan selamat bagi mengelakkan tersalah pakai produk yang bahaya.
IMedikel TV






