Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI PPS SK GUAL TO’DEH KEKAL 36 ORANG

MANGSA BANJIR DI PPS SK GUAL TO’DEH KEKAL 36 ORANG

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan masih kekal 36 orang membabitkan sembilan keluarga di daerah Pasir Mas setakat jam 9.30 pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terbabit ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh, Rantau Panjang.

Dalam perkembangan lain, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan aras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada iaitu 2.06 meter.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here