Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi tawaran diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah bagi rakyat di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin berkata, langkah itu bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
“Dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan terhadap keperluan rakyat, saya ingin mengumumkan bahawa tawaran pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah yang sepatutnya berakhir pada 30 Disember lalu akan dilanjutkan sehingga 31 Mac depan,”katanya dalam ucapan ketika Majlis Anugerah Pencapaian Sistem Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Bagi Pejabat Pengarah Tanah&Galian (PPTG) Tahun 2024, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata keputusan itu diambil sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Negeri untuk memahami denyut nadi rakyat, meringankan beban kewangan mereka dan memastikan kesejahteraan seluruh rakyat di negeri ini terus terpelihara.
IMedikel TV






