Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Minuman berkultur sering kali diberikan kepada anak-anak kerana rasanya yang sedap.
Sebelum ini kita sudah sinonim dengan minuman berkultur V, yang dikatakan tinggi probiotik.
Seorang doktor berkongsi mengenai pengambilan susu berkultur di laman Facebooknya.
Dr Mazliana Mazlan berkata masih terlalu ramai anak yang mempunyai masalah alahan asthma ekzema, yang antara punca utamanya adalah usus yang tidak sihat.
Apa yang perlu anda tahu, minuman berkultur mempunyai kandungan gula yang tinggi.

“Elakkan memberi minuman kultur kepada anak. Walaupun katanya ada probiotik yang baik untuk usus.
“Tetapi kalau ianya tinggi gula putih, ia akan memusnahkn keseimbangan ekosistem usus anak kita,”katanya.
Menurutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengelakkan dari memberi anak-anak minuman kultur.
“Kita tidak mahu anak kita menjadi obesiti berpunca daripada kita,”katanya.
Berapa banyak gula anak perlukan dalam sehari? Maksimum enam sudu kecil sehari, itu pun untuk anak berumur 12 tahun. Untuk anak bawah 4 tahun, hanya boleh ambil tiga sudu kecil sahaja gula tambahan.

Antara kesan gula berlebihan pada anak:
- Picky eater, susah nak terima makanan tawar dari real food, ketagih dengan yang manis.
- Imun lemah, mudah jatuh sakit, lambat nak baik, tinggi radang dalam tubuh.
- Hiperaktif, lemahkan ingatan, kurangkan daya fokus, susah nak belajar.
Jadi, kita boleh gantikan gula kepada air kelapa, air nabeez, air buah dan madu.

Mereka boleh iklan apa sahaja dengan mengatakan minuman probiotik bagus untuk usus, dan kurang gula.
Tetapi kita tetap kena berusaha untuk melihat label bahan ramuan dan fakta nutrisi supaya tidak terperangkap dengan pemasaran industri makanan tinggi proses.
IMedikel TV






