KUANTAN: Pemain tengah Sri Pahang FC, Sean Selvaraj menjangkakan saingan sengit bakal dihadapi skuad itu apabila berdepan Sabah FC pada aksi separuh akhir Piala Malaysia pada 18 Januari dan 2 Februari depan.
Pemain berusia 28 tahun itu berkata, prestasi konsisten dan kekuatan yang dimiliki skuad negeri di bawah bayu itu memerlukan skuad Tok Gajah lebih agresif terutama bahagian serangan.
“Bagi saya, aksi separuh akhir adakan perlawanan penting buat pasukan disebabkan kedua-duanya mahukan kemenangan.
“Oleh itu kerja keras dan persembahan terbaik akan menentukan pemenang yang akan layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2024/2025 kerana kali terakhir Sri Pahang beraksi pada 2014.
“Selain memberi fokus kepada serangan, ia juga seiring dengan pertahanan yang kental untuk menyekat Sabah daripada melakukan jaringan,” katanya.
Mengulas kenyataan pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad yang mahu pemain mengelak melakukan kesilapan mudah, Sean berkata, semua pemain perlu memperbaiki dan mengurangkan segala kesilapan itu.
Pada aksi separuh akhir, Sri Pahang akan terlebih dulu bertandang ke Stadium Likas pada 18 Januari sebelum beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, 2 Februari depan. – HMetro Online –
IMedikel TV






