Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Taici, juga dikenali sebagai Tai Chi, merupakan seni bela diri tradisional Cina yang terkenal dengan gerakan lembut dan perlahan.
Ia semakin dikenali di seluruh dunia, bukan sahaja sebagai aktiviti riadah tetapi juga salah satu kaedah untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Gerakan ini dapat membantu melancarkan aliran tenaga dalam badan.
Ia dilakukan dengan fokus pada keseimbangan, postur, dan pernafasan yang mendalam.
Kajian saintifik mengesahkan terdapat pelbagai manfaat kesihatan taici seperti:
- Meningkatkan keseimbangan dan fleksibiliti: Amalan taici dapat mengurangkan risiko jatuh terutama dalam kalangan warga emas.
- Meningkatkan kesejahteraan mental: Pergerakan dan pernafasan yang tenang membantu mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan.
- Menguatkan sistem imun: Taici merangsang aliran darah, menguatkan otot, dan meningkatkan fungsi paru-paru.
- Mengurangkan sakit kronik: Kajian menunjukkan taici membantu mengurangkan sakit pada sendi seperti artritis.
Dengan mengamalkan taici, masyarakat bukan sahaja dapat mengekalkan kecergasan fizikal tetapi juga membina keseimbangan mental dalam kehidupan harian.
Bagi mereka yang berminat, kelas taici boleh didapati di kebanyakan pusat rekreasi atau komuniti.
IMedikel TV






