Home Hiburan PERJALANAN KERJAYA MENDATAR, TAK MELETUP – JAA SUZURAN

PERJALANAN KERJAYA MENDATAR, TAK MELETUP – JAA SUZURAN

150
0

KUALA LUMPUR: Menyedari tidak selamanya boleh bergantung kepada tawaran lakonan, pelakon Jaa Suzuran mula berjinak dengan dunia perniagaan.

Biarpun tak mudah, Jaa berkata, dia dapat merasai sendiri naik dan turun dalam tempoh tiga bulan menceburi bidang baharu itu.

“Saya rasa setiap orang kena ada bisnes sendiri. Untuk 2024, saya belajar untuk ada bisnes sendiri. Jujurnya, bila saya masuk bidang ini, saya sedar hanya diri sendiri boleh tolong kita.

“Saya baru bermula dalam dua hingga tiga bulan dan saya sedar kalau malas bisnes tidak berjalan sebab bila ‘founder’, kita kena buat ‘content’ sendiri. Kalau nak tunggu, memang susah.

“Kita sendiri kena usaha promosi dalam media sosial. Lagipun, saya memikirkan pada usia 30 tahun, perjalanan saya mendatar dan tak meletup.

“Jadi, saya cuba buat sesuatu yang berani. Saya bernasib baik rakan baik ajak ceburi bisnes, dialah bimbing saya,” katanya.

Pelakon Lelaki Harapan, Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) itu berkata, dia bersyukur perniagaannya mendapat maklum balas positif.

“Alhamdulillah, masa pelancaran pertama memang ‘sold out’, untuk kedua, kena buat ‘content’. Tak boleh nak tunggu, saya kena rajin macam dulu-dulu saya selalu buat video.

“Jadi, saya mahu bisnes saya berjaya dan insya-Allah nak berkahwin, tapi calon tiada lagi. Saya berdoa dapat jodoh ketika ke Tanah Suci Makkah, baru-baru,” katanya pada sesi fotografi filem terbaharunya, Game Of Life arahan Syafiq Yusof.

Berkongsi mengenai filem Game Of Life, Jaa berkata, dia seronok dapat menjayakan filem arahan pengarah yang sangat dihormati ramai.

“Siapa tak mahu berlakon di bawah pengarahan Syafiq. Selain itu, saya juga seorang ‘streamer’ dan pemain Mobile Legend sejak beberapa tahun lalu. Memandangkan filem ini mengenai kisah Soloz, pemain Mobile Legend terkemuka, jadi saya seronok dapat menjadi sebahagian daripada filem ini.

“Jujurnya, saya melompat bila dapat tawaran, lebih lagi, saya dapat buat watak pemain Mobile Legend, suatu yang memang saya minat,” katanya.

Selain Jaa, turut membintangi filem itu adalah Hun Haqeem, Ikmal Amry, Syafie Naswip, Imran Aqil, Nia Atasha dan ramai lagi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here