Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Sebanyak 160kilogram (kg) barang kawalan bernilai RM447.60 dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis runcit sekitar Bachok, di sini, semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya menerusi operasi penyamaran mendapati barang kawalan itu dijual tanpa lesen yang sah.
“Barangan itu membabitkan 136kg gula pasir kasar dan 24kg minyak masak paket.
“Kesemua rampasan itu disita sebagai bahan bukti,” katanya dalam ciapan facebook.
Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan komited menjalankan pemantauan dan operasi bagi memastikan barangan kawalan diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan, demi melindungi kepentingan pengguna.
IMedikel TV






