Home Sukan FIFA UBAH PERATURAN PERPINDAHAN SUSULAN KES DIARRA

FIFA UBAH PERATURAN PERPINDAHAN SUSULAN KES DIARRA

141
0

PARIS: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerima pakai “rangka kerja kawal selia sementara” mengenai perpindahan pemain selepas keputusan awal tahun ini oleh Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) dalam kes yang dibawa oleh Lassana Diarra.

Keputusan itu dibuat lebih seminggu sebelum pasaran perpindahan dibuka semula Januari ini dan berikutan “perundingan rapat dengan pemegang kepentingan utama”, kata badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan.

Perubahan itu berkaitan dengan artikel 17 peraturan FIFA yang mengawal status dan perpindahan pemain.

“Rangka kerja itu… menangani peraturan mengenai pampasan bagi pelanggaran kontrak, liabiliti bersama, dorongan untuk pelanggaran kontrak, Sijil Perpindahan Antarabangsa dan prosiding di hadapan Tribunal Bolasepak,” kata FIFA.

Objektifnya adalah untuk memberikan “penjelasan dan kestabilan menjelang tempoh pendaftaran yang akan datang dan mematuhi peraturan seragam global”, katanya.

Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah, ECJ, pada Oktober lalu berkata peraturan tertentu FIFA mengenai perpindahan bertentangan dengan undang-undang kebebasan bergerak blok berkenaan kerana ia didapati memihak kepada bekas pemain tengah Perancis, Diarra.

Kes Diarra berlaku sejak 10 tahun lalu.

Pada Ogos 2014, Lokomotiv Moscow menamatkan kontrak Diarra dengan alasan pelanggaran kontrak oleh pemain itu.

Kelab Russia itu juga meminta pampasan 20 juta euro (RM93.4 juta) daripada Diarra, yang kini berusia 39 tahun.

Diarra, yang pernah beraksi dengan Arsenal, Chelsea, Paris Saint-Germain dan Real Madrid semasa kariernya, menolak dan meminta Lokomotiv membayar pampasan kepadanya.

Dia akhirnya diarah oleh FIFA membayar bekas kelabnya 10 juta euro (RM46.7 juta), denda yang dikekalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan. Diarra juga dikenakan penggantungan 15 bulan. – AFP

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here