Home Sukan PSG MENANG DALAM DUKA

PSG MENANG DALAM DUKA

136
0

PARIS: Paris Saint-Germain bangkit untuk meneruskan rekod tanpa kalah dalam saingan Ligue 1 musim ini selepas menang 4-2 di Monaco namun kehilangan penjaga gol Gianluigi Donnarumma akibat kecederaan serius di muka.

Pemain antarabangsa Itali itu yang berlumuran darah memerlukan 10 jahitan selepas mengalami luka di muka kanan susulan terkena kasut pertahanan Monaco Wilfried Singo.

“Saya tidak tahu sama ada pengadil dalam posisi yang teruk tetapi penilaian VAR diperlukan, anda perlu lindungi pemain.

“Tidak memberikan kad merah dalam situasi itu memang mengejutkan,”kata kapten PSG Marquinhos.

Singo terselamat daripada hukuman manakala Donnarumma digantikan Matvey Safonov sebelum Desire Doue meletakkan PSG di depan untuk gol liga pertamanya buat juara bertahan itu.

Eliesse Ben Seghir dan tolakan mudah Breel Embolo.

Situasi terbabit tidak bertahan lama apabila Ousmane Dembele menyamakan kedudukan dan Goncalo Ramos menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan sebelum Dembele memastikan kemenangan PSG dengan gol keduanya pada masa kecederaan.

Kemenangan itu membolehkan PSG meninggalkan pencabar terdekat Marseille dan Monaco dengan 10 mata di puncak Ligue 1. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here