Home Segmen Kesihatan DOKTOR JELASKAN SEBAB BAYI SUKA TARIK TELINGA KETIKA TUMBUH GIGI

DOKTOR JELASKAN SEBAB BAYI SUKA TARIK TELINGA KETIKA TUMBUH GIGI

225
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pernah perasaan bayi anda suka menarik telinga? Dalam perkembangan untuk pertumbuhan gigi bayi suka sangat menarik telinga.

Nak tahu sebab apa? Menurut Dr Mohd Khairul Izwan dalam ciapan Facebooknya bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik telinga mereka.

Apa kaitan gigi yang mahu tumbuh dengan telinga bayi anda?

Bayi kecil akan mula tumbuh gigi susu seawal usia 6 bulan. Proses pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan anak mengalami ketidakselesaan pada bahagian gusi mereka.

Keadaan ini disebut sebagai “Teething”, dan merupakan suatu proses fisiologis yang bersifat normal.

Bayi yang masih kecil belum pandai mengekspresikan rasa sakit mereka mahupun memberikan respons terhadap kesakitan yang mereka alami.

Dalam keadaan tertentu, rasa sakit pada bahagian gusi yang mahu tumbuh gigi ini akan turut menyebar sehinggakan bayi merasa seolah-olah rasa sakit itu merebak sehingga ke bahagian telinga, kerana saraf di bahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf di bahagian telinga mereka.

Kerana itulah bayi cenderung untuk menarik-narik telinga mereka jika mereka mula memasuki fasa “teething” ini.

Selain menarik-narik telinga, bayi juga cenderung untuk meraba-raba pipi mereka bagi meredakan ketidakselsaan yang mereka rasakan ketika gigi mereka sedang tumbuh.

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan situasi begini, jangan terlalu risau ya.

Anda boleh membantu anak anda melalui fasa “teething” ini dengan lebih selesa dengan cara memberikan mereka “teether” yang disejukkan untuk digigit.

Jika tiada “teether”, ibu bapa boleh menggunakan kain atau tuala kecil bersih yang direndam di dalam air sejuk untuk digigit oleh mereka.

Melalui cara ini, bayi anda akan merasa lebih selesa dan mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang mereka alami.

Sumber: Dr Mohd Khairul Izwan

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here