Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Kehamilan merupakan keinginan utama yang diimpikan oleh golongan wanita yang menjadi pejuang garis dua.
Terdapat pasangan yang sudah melayari bahtera perkahwinan dalam tempoh lama melebihi lima tahun namun masih tidak dikurniakan cahaya mata.
Pelbagai cara, usaha, doa dan ikhtiar sudah dibuat oleh pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum tiba masanya.
Ada di kalangan mereka yang mengalami pengalaman itu disebabkan oleh penyakit tertentu.
Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit itu perlu tahu bahawa makanan seperti kekacang boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan kerana ia mengandungi nutrien penting yang menyokong kesihatan reproduktif.
Dari sudut saintifik, kekacang terbukti kaya dengan Asid Lemak Omega-3 yang boleh meningkatkan kualiti sperma dan menyokong kesihatan rahim wanita.
Antara khasiat lain bagi kekacang untuk tingkatkan kehamilan adalah:
1. Sumber asid folik
Kekacang seperti badam dan kacang tanah mengandungi asid folik, yang penting untuk kesuburan wanita. Asid folik membantu mengelakkan kecacatan kelahiran dan menyokong perkembangan awal janin.
3. Kaya dengan protein dan zink
Zink dalam kekacang membantu mengatur hormon reproduktif dan meningkatkan kualiti telur dan sperma. Protein pula menyokong keseimbangan hormon.
4. Antioksidan tinggi
Kekacang seperti pistachio dan hazelnut mengandungi antioksidan seperti selenium dan vitamin E yang melindungi sel telur dan sperma daripada kerosakan.
Namun, kekacang hanyalah sebahagian daripada diet sihat dan untuk meningkatkan peluang kehamilan, perlu digabungkan dengan:
• Pemakanan seimbang (buah, sayur, bijirin penuh, protein sihat).
• Senaman berkala.
• Tidur yang mencukupi.
• Kurangkan stres.
Bagaimanapun, bukan semua kekacang yang disarankan tetapi kekacang yang perlu dipilih ialah gajus, walnut, pistachio, kacang tanah, kacang brazil, badam dan hazelnut.
Namun, pengambilan kekacang itu perlu dalam kuantiti yang sederhana sahaja, sekiranya berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan yang boleh menjejaskan kesuburan.
IMedikel TV






