Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Ada peminat kucing yang memelihara kucing di dalam rumah, khususnya bagi kucing yang berbaka agak mahal kerana dikhuatiri hilang atau dicuri.
Namun, bagi mereka yang memelihara kucing di dalam rumah, anda perlu tahu bahawa kucing mempunyai sejenis parasite iaitu Toxoplasma gondi.
Menurut perkongsian Dr. Suriyakhatun di laman facebook beliau, najis kucing boleh menyebarkan parasit tersebut.
Ia boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh menjangkiti otak. Toxoplasmosis itu boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.
Namun post itu bukan menyekat minat korang pada kucing. Cuma dinasihatkan untuk lebih berhati-hati.

Antara cara yang boleh dilakukan termasuklah memakai sarung tangan ketika mencuci najis kucing dan basuh kawasan najis dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit. Jika berjalan di luar rumah hati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.
Selain itu, peminat kucing juga perlu waspada dengan aroma kotoran kucing. Kotoran tersebut menyimpan sisa-sisa gas beracun yang jika dihirup terlalu sering atau lama bisa mengganggu kesihatan anda.
Jadi, bagi mengelakkan mengalami bahaya mencium bau kotoran kucing anda perlu lakukan:
- Bersihkan sangkar setiap hari
- Cuci tempat pasir kucing
- Ganti sangkar kucing setahun sekali
- Sediakan kotak pasir
- Letakkan pasir kucing di tempat strategik
Cegah bahaya bau kotoran kucing dengan menjaga kebersihan haiwan peliharaan. Sila bawa kucing anda ke klinik haiwan berdekatan sekiranya mempunyai gejala sebarang penyakit.
IMedikel TV






