Home Buletin Semasa PRODUK KOSMETIK BERNILAI LEBIH RM92,000 DIRAMPAS

PRODUK KOSMETIK BERNILAI LEBIH RM92,000 DIRAMPAS

136
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Sebanyak lima kotak produk kosmetik bernilai RM92,100 dirampas dalam serbuan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 10.15 pagi, kelmarin.

Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, kegiatan penyeludupan itu dikesan ketika sepasukan anggota membuat rondaan menerusi Op Taring WAWASAN di Pengkalan Haram Kertas, Pengkalan Kubor, di sini.

Menurutnya hasil pemeriksaan PGA mendapati lima kotak produk kosmetik itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan tanpa dokumen yang sah.

Kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Komtak Rantau Panjang untuk disiasat di bawah Seksyen 7 (1) (a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

PGA terus komited mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here