Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan membantu sebuah keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat badan 420 kilogram (kg) yang meninggal dunia di Pasir Hor, di sini.
Komander Operasi Kanan, Mohd Wildan Azhari berkata pihaknya menerima panggilan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh berhubung kejadian itu.
“Pihak kami menerima panggilan itu untuk memohon bantuan pengkebumian jenazah lelaki berkenaan yang berumur 44 tahun di Kampung Jaya Pasir Hor.
“Komandi Operasi lapor membantu menguruskan jenazah ke tanah perkuburan menggunakan lori serta kekuatan anggota bagi menghantar jenazah ke tanah perkuburan pada jam, 10.19 malam,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya seramai 20 anggota dari BBP Pasir Tumboh dan BBP Kota Bharu terlibat dalam membantu menguruskan jenazah terbabit .
IMedikel TV






