Home Hiburan SELESA JAGA PRIVASI

SELESA JAGA PRIVASI

Pelakon, Kodi Rasheed, 34, lebih selesa untuk menjaga privasi keluarga terutama isterinya, Nor Fatihah Mahad.

Menurut pelakon filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 (Limbungan) itu, isterinya juga selesa dengan keputusan berkenaan memandangkan dia bukan orang dari dalam industri seni dan hiburan tanah air.

“Awal-awal dulu, saya pernah kongsi mengenai isteri. Tapi, lama-lama saya fikir, dia bukan orang industri. Isteri pun minta padamkan gambar dia.

“Dia sangat okey dan terbuka saya berlakon dengan sesiapa. Sesekali saya bawa dia ke majlis, tapi dia tak biasa sangat.

“Saya tak kisah orang fikir apa pun sebab bagi saya bukan isu besar,” katanya.

Kodi atau nama sebenarnya Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed ditemui pada sidang media filem Limbungan arahan pengarah, Fazli Yasin.

Selain Kodi, filem yang ditayangkan pada 6 Februari depan itu turut dibintangi Amerul Affendi, Cat Farish, Chacha Maembong dan Nor Albaniah.

Menurut Kodi lagi, dia pernah menerima kiriman mesej ‘bukan-bukan’ dari individu tidak dikenali, Kodi dan isteri saling tahu dan tidak berahsia.

“Beberapa tahun lalu saya pernah dapat gambar bukan-bukan di nombor peribadi saya. Itu pelik.

“Saya beritahu isteri setiap perkara. Contohnya artikel bukan-bukan dan sebagainya.

“Dia ambil tahu dan sokong kerja saya. Kalau saya tertekan pasal kerja, saya kongsikan dengan dia juga,” katanya.

Pasangan Kodi dan Fatihah berumah tangga pada 31 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adinda Qaisara, 7, Sultan, 5.

Kodi mula dikenali menerusi watak Totoi dalam filem Ophilia pada 2014.

Penampilan dalam filem arahan Raja Mukhriz itu membolehkan dirinya memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-27. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here