Home Luar Negara PESERTA RATU CANTIK TUNGGANG MOTOSIKAL

PESERTA RATU CANTIK TUNGGANG MOTOSIKAL

157
0

THAILAND: Media tempatan melaporkan Ninew terpaksa datang dengan motosikal untuk mengejar waktu.

Oleh kerana takut terlambat, Ninew menyewa motosikal itu secara dalam talian supaya dapat cepat sampai ke hotel itu.

Menerusi video yang tular, mereka yang melihatnya pun bersorak kerana kagum dengan kebolehan wanita itu membawa motosikal.

Difahamkan, pemilik motosikal itu adalah lelaki duduk di belakang Ninew yang turut sempat mengambil gambar wanita itu menerusi telefon bimbit.

Sebaik tiba di lokasi, Ninew menyapa penyokongnya, malah turut melambaikan tangan dan mengambil gambar dengan berdiri di depan motosikal.

Wanita itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pemilik motosikal kemudian mengambil beg tangannya yang dipegang lelaki terbabit sepanjang perjalanan.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Ninew memuat naik gambar itu di instagram (IG) miliknya.

Ninew Anuthida adalah salah seorang daripada puluhan peserta dari 77 wilayah di Thailand yang mengikuti pemilihan Miss Grand Thailand 2023 dan pernah menyertai pertandingan sama tahun lalu.

Sumber: HMetro Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here