Home Sukan ANTONIO DILAPORKAN STABIL, FERRARI DIPANDU REMUK

ANTONIO DILAPORKAN STABIL, FERRARI DIPANDU REMUK

LONDON: Penyerang West Ham, Michail Antonio berada dalam keadaan stabil di hospital, “sedar dan berkomunikasi”, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, kata kelab Liga Perdana itu semalam.

The Hammers mengatakan bahawa pemain berusia 34 tahun itu berada di bawah “pengawasan rapi di sebuah hospital di pusat London.”

Kemas kini itu dikeluarkan selepas gambar yang tidak disahkan sumbernya menunjukkan Ferrari yang rosak teruk mula tersebar di dalam talian.

Dalam satu kenyataan kelab, berkata: “West Ham United boleh mengesahkan bahawa Michail Antonio berada dalam keadaan stabil selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya petang ini di kawasan Essex.

“Michail sedar dan sudah berkomunikasi serta kini berada di bawah pengawasan rapi di sebuah hospital di pusat London.

“Pada masa yang sukar ini, kami dengan rendah hati meminta semua orang untuk menghormati privasi Michail dan keluarganya.

“Kelab tidak akan membuat sebarang komen lanjut pada malam ini, tetapi akan mengeluarkan kemas kini selanjutnya pada waktu yang sesuai,” tulis kenyataan itu.

Ini adalah kenyataan kedua West Ham mengenai perkara berkenaan selepas kenyataan awal yang mengesahkan bahawa kemalangan itu berlaku. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here