Home Segmen Kesihatan ELAK GUNA BAHAN PLASTIK BERULANG KALI

ELAK GUNA BAHAN PLASTIK BERULANG KALI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Penggunaan bekas atau botol plastik berulang kali sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita.

Tanpa mereka sedari, penggunaan itu boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Berikut adalah antara bahaya penggunaan semula botol itu kepada kesihatan:

  1. Tercemar dengan bahan kimia BPA
    • BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu bayi dan bekas makanan.
    • BPA yang terdapat dalam botol ini boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan minuman yang disimpan terdedah kepada BPA.

    2. Pencemaran mikroplastik

      • Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.

      3. Bahan botol air plastik

        • Untuk pengetahuan, kebanyakan botol sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET.
        • Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali.
        • Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol ini keluar dan bercampur dengan minuman anda setiap kali digunakan.

        Bagi memastikan badan kita kurang terdedah dengan risiko penggunaan bahan plastik yang tercemar, sebaiknya kita perlu menggunakan botol yang bebas BPA.

        Utamakan kesihatan anda, elakkan mengguna botol plastik, ia bukanlah untuk mengurangkan penggunaan plastik, malah boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan anda guna hanya sekali botol plastik.

        IMedikel TV

        LEAVE A REPLY

        Please enter your comment!
        Please enter your name here