PARIS: Bintang berbasikal, Tadej Pogacar, dianugerahkan Velo d’Or, iaitu anugerah pelumba lelaki terbaik tahun ini sebagai pengiktirafan atas kejayaannya menjuarai Giro d’Italia, Tour de France, dan kejuaraan dunia.
Juara dunia dari Belgium, Lotte Kopecky, memenangi anugerah Velo d’Or wanita, dipilih oleh juri yang terdiri daripada 40 wartawan.
Pogacar, pelumba dari Team UAE yang berasal dari Slovenia itu, menonjol sepanjang tahun 2024, merampas kembali Tour de France untuk merangkul gelaran ketiganya dalam perlumbaan itu dan memenangi Giro d’Italia pertamanya, serta gelaran dunia di Switzerland selepas memilih untuk tidak menyertai Sukan Olimpik.
Pelumba Ireland, Stephen Roche adalah pelumba terakhir yang memenangi Triple Crown pada tahun 1987.
Secara keseluruhan, Pogacar meraih 25 kemenangan, termasuk dua daripada Monumen: Liege-Bastogne-Liege dan Tour of Lombardy.
Ia adalah gelaran Velo d’Or keduanya selepas 2021 dan Pogacar berkata, dia menghargai pencapaiannya kali ini.
“Saya masih muda.
“Apabila tahun berlalu, kami menyedari sesuatu kepentingan itu. Saya berasa berbesar hati kerana semua kerja keras diiktiraf,” kata pemain berusia 26 tahun itu. – AFP, Hmetro Online –
IMedikel TV






