Home Segmen Kesihatan TABIAT SIDAI PAKAIAN DALAM RUMAH

TABIAT SIDAI PAKAIAN DALAM RUMAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai di antara kita mempunyai tabiat menyidai pakaian di dalam rumah lebih-lebih lagi ketika musim hujan kerana dikhuatari akan terkena tempias air hujan.

Namun, ada yang memilih untuk menyidai pakaian kerana ruang di rumah agak sempit terutamanya kepada mereka yang tinggal di flat, pangsapuri atau apartmen.

Tahukah anda sebenarnya menyidai pakaian di dalam rumah tidak elok untuk kesihatan diri dan keluarga.

Ini antara sebab mengapa tidak elok sidai baju di dalam rumah dan kesannya yang perlu kita tahu:

1. Penyebab Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi kemungkinan menjadi asbab penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut

2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun
Pernah tidak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut memberi kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.

4. Penyakit Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah salah satu alasan penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan Sistem Ketahanan Badan
Kemungkinan juga boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangkut, cuci kering lagi selamat.

Sumber: PetuaIbu

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here