Home Luar Negara 13 HILANG SELEPAS TAPAK PEMBINAAN KERETA API DI SHENZHEN RUNTUH

13 HILANG SELEPAS TAPAK PEMBINAAN KERETA API DI SHENZHEN RUNTUH

BEIJING: Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan hilang selepas tapak pembinaan kereta api utama di Shenzhen, selatan China, runtuh secara tiba-tiba pada malam Rabu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Tragedi berlaku sekitar jam 11 malam di tapak pembinaan projek kereta api Shenzhen-Jiangmen, yang terletak di Daerah Bao’an.

Menurut Biro Pengurusan Kecemasan Daerah Bao’an, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan pagi ini, manakala punca runtuhan sedang disiasat.

Pihak berkuasa juga telah memindahkan penduduk berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga. Beberapa lebuh raya utama di sekitar tapak kejadian ditutup bagi memberi laluan kepada usaha menyelamat.

Projek kereta api ini, yang menghubungkan Shenzhen ke Jiangmen di wilayah Guangdong, bermula pada 2022.

Kemalangan industri masih kerap berlaku di China akibat peraturan keselamatan yang lemah.

Pada Ogos lalu, tragedi di lombong di Sichuan meragut lapan nyawa, manakala letupan gas di wilayah Hebei pada Mac mengorbankan tujuh orang. Februari lalu, 15 orang terkorban dalam kebakaran bangunan kediaman di Nanjing. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here