Home Buletin Semasa PEMBINAAN PLSB SUNGAI GOLOK AKAN SIAP, TANGANI MASALAH BANJIR

PEMBINAAN PLSB SUNGAI GOLOK AKAN SIAP, TANGANI MASALAH BANJIR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok akan diteruskan sehingga ia siap bagi menangani masalah banjir dan mengimbangi keperluan penduduk dalam berdepan situasi banjir untuk jangka masa panjang.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sepanjang tempoh pembinaan projek tersebut, penduduk akan menghadapi beberapa siri banjir dalam jangka masa pendek.

“Saya faham kalau kita duduk di situ tentu ia sangat terkesan tetapi kita sudah memantau dan mengambil kira dengan teliti bagaimana untuk meminimakan masalah tersebut.

“Projek ini adalah untuk jangka masa panjang, jadi kita memang ingin percepatkan namun ada cabaran yang bukan sahaja berkait soal pembinaan infrastruktur semata-mata tetapi proses seperti pengambilan tanah, teknikal dan sebagainya yang mengambil masa lama,” katanya pada sidang media sempena Lawatan Tinjauan Bencana Monsun Timur Laut di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, di sini, pada Rabu.

Nik Nazmi berkata, sebelum ini beberapa tindakan telah dibuat oleh pihak Jabatan Pengairan Sungai (JPS) bersama kontraktor dan penduduk juga berpuas hati namun apabila berlaku hujan lebat pada hujung tahun, ia kembali bermasalah.

“Kita akui dan akan cuba sebaik mungkin untuk PLSB ini.

“Paling penting kena buat dengan betul kerana tebatan banjir ialah antara infrastruktur dengan kos paling mahal dalam perbelanjaan negara,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here