Home Buletin Semasa JUALAN RAHMAH DI 7 LOKASI TERJEJAS BANJIR

JUALAN RAHMAH DI 7 LOKASI TERJEJAS BANJIR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengadakan Program Jualan Rahmah di tujuh lokasi yang terkesan banjir bagi memastikan bekalan barangan makanan dapat diakses oleh orang ramai.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata program tersebut bermula pada 2 Disember dan bertempat di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Rantau Panjang dan Bachok.

“Kita menyediakan barangan keperluan asas ini pada harga subsidi iaitu 10 hingga 30 peratus untuk meringankan bebanan mangsa banjir yang terjejas selain memastikan bekalan makanan mencukupi.

“Walaupun dalam keadaan sukar, kita akan pastikan mereka masih boleh mendapat bekalan barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, langkah tersebut dapat mengekang sebarang kenaikan harga yang kebarangkalian berlaku akibat peningkatan permintaan dan memastikan tiada lonjakan harga yang membebankan rakyat ketika musim tengkujuh.

Selain itu, KPDN Kelantan turut mengadakan lawatan di kawasan terkesan banjir selain premis, peruncit serta pemborong sekitar negeri ini.

Tambahnya, sebanyak 93 lokasi yang sudah tersenarai bagi pelaksanaan jualan Rahmah bergerak sepanjang Disember ini.

Terdahulu, KPDN Kelantan melantik 133 pemborong dan peruncit sebagai langkah memastikan bekalan makanan asas mencukupi ketika banjir dengan menambah kouta stok bekalan setiap pemborong. peruncit sebanyak 30 peratus.

Pada masa sama 15 stesen minyak turut dilantik bermula November sehingga Mac depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here