Home Buletin Semasa TAHAN PUKAT DI MUSIM BANJIR

TAHAN PUKAT DI MUSIM BANJIR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Musim banjir melanda dimanfaatkan empat saudara untuk memukat ikan di kampung mereka di Kampung Longger, di sini.

Asyraf Amsyar, 12, berkata dia bersama abang, Alif Aiman, 17, serta dua bapa saudaranya Aris Haikal, 21 dan Irfan Hakimi, 16, menaiki sebuah bot untuk memukat ikan di kawasan lapang.

“Tahun lepas banjir juga tetapi tidaklah seteruk kali ini. Tahun ini air dalam dan kami mengambil peluang untuk menahan pukat.

“Seronok bila kami sudah dapat ikan,”katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Menurut Asyraf Amsyar mereka menahan pukat sebanyak dua kali sehari.

“Sejak hari pertama banjir kami menahan pukat. Antara ikan yang kami dapat termasuk ikan lampan, puyu dan keli,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here