Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA KRAI: Hujan lebat yang melanda negeri ini menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Laloh- Jalan Lata Rek, di sini, kira-kira jam 9.00 malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairul Duha Abdul Halim, dalam kenyataa berkata, pihaknya menerima panggilan melalui sistem MERS 999 memaklumkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam lebih kurang 9.56 malam. Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi untuk tindakan. Kami tiba di lokasi kira-kira 10.36 malam.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi tersebut, kita dapati benar terdapat dua rumah dan satu bengkel dihempap runtuhan tersebut,”katanya dalam kenyataan, pagi tadi.
Menurutnya anggaran keluasan dan ketinggian tanah runtuh itu adalah 60×40 kaki persegi dan kejadian itu tidak membabitkan mangsa.
IMedikel TV






