Home Segmen Kesihatan ELAK GUNA PEWANGI DI DALAM KERETA

ELAK GUNA PEWANGI DI DALAM KERETA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai dalam kalangan kita menggunakan pewangi dalam kenderaan untuk mengelakkan daripada berbau yang kurang enak.

Malah ada yang meletakkan lebih daripada satu pewangi dalam kereta masing-masing kerana sukakan bau yang wangi.

Namun, apa yang perlu anda tahu sesetengah pewangi kereta mengandungi bahan kima seperti formaldehid, benzene atau toluene yang boleh merengsakan saluran pernafasan terutamanya bagi mereka yang menghidap athma atau alahan.

Jadi apabila kita sedut wangian dari pewangi tersebut membolehkan bahan kimia masuk ke dalam badan kita.

Jadi, jika ada dalam kalangan kita mempunyai sensitiviti kepada bahan kimia atau masalah kesihatan seperti athma, adalah lebih baik untuk mengelakkan pewangi kereta atau mencari alternatif yang lebih mesra kesihatan.

Jadi, untuk mengelakkan kesihatan terjejas akibat pewangi kereta yang mempunyai bahan kimia, kita boleh menggunakan cara semula jadi iaitu meletakkan daun pandan di dalam kereta.

Bukan sahaja mewangikan kereta malah masalah lipas kecil dalam kereta juga dapat diatasi.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here