Home Sukan NORRIS YAKIN BANGKIT TAHUN DEPAN

NORRIS YAKIN BANGKIT TAHUN DEPAN

270
0

LONDON: Lando Norris yakin dia berkemampuan bangkit daripada kekalahan dengan meraih gelaran Formula Satu (F1) musim depan.

Max Verstappen mengesahkan gelaran dunia keempat berturut-turut di Grand Prix Las Vegas selepas berkelebihan 63 mata yang gagal dipintas Norris manakala 60 mata lagi ditawarkan pada baki dua perlumbaan terakhir di Qatar dan Abu Dhabi.

Verstappen menang empat daripada lima perlumbaan pertama sebelum Norris muncul pencabar utama susulan kemenangan pertama pelumba Britain itu di Miami.

Tetapi pemandu berusia 25 tahun itu hanya mampu menambah dua lagi kejuaraan selepas beberapa kesilapan pemandu dan pasukan menggagalkan hasratnya untuk meraih gelaran dunia pertama.

Namun, pasukan Norris McLaren berpeluang memenangi kategori pengeluar tahun ini apabila mereka mendahului Ferrari dengan 24 mata dan Norris juga menjangkakan dia mampu memberikan lebih cabaran kepada Verstappen tahun depan.

“Saya rasa mampu bersaing untuk gelaran dunia,” kata Norris. “Saya yakin kami boleh melakukannya. Kami menuju musim depan dengan jentera yang kami rasa mampu menang kejohanan dan saya gembira dengannya.”

“Pada masa sama kami perlu perbaiki beberapa aspek dan saya yakin boleh mencabar Max. Dia pelumba terbaik dunia dan antara yang terbaik pernah disaksikan di F1, ” tambanya lagi. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here