Home Buletin Semasa PPSG USM TINGKAT KESIHATAN GIGI RAKYAT

PPSG USM TINGKAT KESIHATAN GIGI RAKYAT

562
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Universiti Sains Malaysia (USM) mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan gigi bagi mencapai kualiti kehidupan yang bermutu menerusi projek pemerkasaan kesihatan mulut.

Pakar Prostodontik dan Konservatif Pergigian Hospital Pakar USM, Dr. Rabihah Alawi berkata inisiatif tersebut berkait rapat terhadap teras satu dan dua Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu kemampanan masyarakat dan peningkatan kesejahteraan orang ramai.

“Ia juga bertujuan untuk memberi impak positif kepada kualiti hidup komuniti dalam jangka masa panjang serta merangkumi kesedaran keperluan kesihatan dan amalan pergigian yang baik.

“Menerusi pengetahuan ini, mereka (komuniti) sedar dan akan mencegah karies gigi menerusi perubahan sikap dan gaya hidup bagi mengekalkan gigi yang bagus sepanjang hayat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dr. Rabihah berkata, bagi mencegah penyakit oral berlaku, pihaknya membuat pemeriksaan gigi pada peringkat awal yang mana kos rawatannya lebih rendah berbanding rawatan yang lebih kompleks.

“Setelah itu, mereka juga akan diberi rawatan yang bersesuaian bagi pencegahan karies gigi iaitu ‘simple restoration’, ‘simple extraction’, ‘simple scaling’ dan gigi palsu.

“Selain itu, kita juga akan memilih 10 orang wakil daripada komuniti yang mempunyai potensi untuk dilatih sebagai ‘trainers of trainer’ (TOT) untuk menyampaikan ilmu penjagaan gigi kepada masyarakat setempat,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here