Home Buletin Semasa PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN SELUDUP

PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN SELUDUP

223
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan yang dikesan di Pengkalan Haram Lan Bundle, Lubok Gong, di sini, pada Ahad.

Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 11.30 pagi apabila menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 158 pohon tanaman hiasan jenis Bromeliad yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Suspek seorang lelaki berumur 17 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tanaman tersebut ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM79,000.00 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here