Home Hiburan DAKWAH CARA SHEQAL

DAKWAH CARA SHEQAL

163
0

PENYANYI Sheqal enggan mengulas lanjut berkenaan sebuah syarikat perniagaan juga pertubuhan Islam yang kini diputuskan sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) baru-baru ini.

Sheqal atau Shahrin Salehuddin, 59, yang popular dengan lagu Cinta Nusantara mengakui pernah menetap di lokasi kontroversi terbabit, namun sudah lama berpindah keluar.

“Betul saya pernah tinggal di situ, tapi sudah 15 tahun saya keluar berpindah ke Selayang. Selepas pemimpin mereka meninggal dunia, saya pun buat keputusan terbabit.

“Saya jadi tak berminat untuk ikut. Syukur saya ada cara sendiri untuk keluar dari situ. Untuk kes yang terbaharu ini, saya akui tak tahu apa yang berlaku pada mereka.

“Tapi, saya masih tetap mencurahkan ilmu yang dipelajari di sana dulu menerusi karya seni. Namun, ia dalam bentuk penulisan. Saya banyak menulis buku agama untuk masyarakat,” katanya pada Majlis Sumbangsih Pekema Prihatin anjuran Yayasan Pekema dengan kerjasama Karyawan di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Menerusi program ini, Sheqal menerima sumbangan RM5,000 dari Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang disampaikan Presiden Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin dan Penasihat Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman.

Dia yang kini menetap di Seremban sudah tidak mampu bekerja sejak diserang angin ahmar tahun lalu.

Sheqal juga menghidap penyakit buah pinggang, manakala serangan angin ahmar berlaku empat kali menyebabkan percakapannya terganggu.

Bercerita lanjut mengenai bukunya pula, Sheqal berkata, dia sudah menghasilkan tujuh buku dan satu sudah dikeluarkan berjudul Burung Dalam Sangkar.

“Burung itu adalah roh. Sangkar itu adalah jasad. Maksudnya dalam jasad kita ada roh yang terkurung. Itu cerita buku ini. Ia berkenaan agama. Saya menulis buku dalam bentuk syair.

“Saya menyambung kepada Hamzah Fansuri. Saya menulis untuk terus berkarya. Saya tumpahkan hasil seni dalam bentuk buku. Saya juga pelukis.

“Biasanya saya menulis ada waktunya iaitu selepas solat Tahajud dan Dhuha. Saya bukan buat syair, tapi itu bentuk penulisan saya. Ini cara saya lupakan sakit buat seketika,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here