Home Sukan WOODS TARIK DIRI CABARAN DUNIA HERO

WOODS TARIK DIRI CABARAN DUNIA HERO

216
0

NEW YORK: Tiger Woods tidak akan menyertai Cabaran Dunia Hero di Albany, Bahamas pada 5-8 Disember, menurut juara 15 kali kejohanan utama itu.

Masih dalam pemulihan daripada pembedahan di bahagian belakang pada September lalu, Woods mempunyai pilihan menyertai senarai 20 pemain di kejohanan pertunjukan itu tetapi hari ini mengumumkan dia terpaksa melupakan hasrat.

“Saya kecewa tak dapat bertanding di Cabaran Dunia Hero tahun ini,” kata Woods di media sosialnya yang turut mengumumkan Justin Thomas, Jason Day dari Australia dan Nick Dunlap turut tidak beraksi.

Juara 15 kali kejohanan utama itu beraksi di kejohanan terbabit di Kelab Golf Albany tahun lalu dan menduduki tangga ke-18 daripada 20.

Pembedahan di belakang Woods dilakukan bagi membaiki saraf di bahagian bawah, dua bulan selepas aksi kompetitifnya di The Open.

“Pembedahan itu berjalan lancar dan berharap ia dapat mengurangkan kesakitan saya hadapi sepanjang musim 2024. Saya tak sabar jalani pemulihan dan seterusnya nikmati kehidupan normal termasuk bermain golf,” katanya.

Tidak dijelaskan bila tarikh Woods akan beraksi semula. Dia dan anaknya Charlie beraksi di Kejohanan PNC, acara untuk keluarga pada setiap Disember sejak empat tahun lalu. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here