Home Segmen Kesihatan ‘HICCUPS’ PADA BAYI, KENAPA IA BERLAKU?

‘HICCUPS’ PADA BAYI, KENAPA IA BERLAKU?

157
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Petua melekatkan kertas atau tisu yang basah bersaiz kecil pada dahi anak kecil atau bayi bagi menghilangkan ‘hiccups’ atau ‘sedu’ sudah sinonim dengan masyarakat kita.

Malah setiap orang ramai sudah tentu pernah mengalaminya kerana sudah dipraktikkan dari zaman nenek moyang kita pada zaman dahulu kala. Ia sebagai petua orang tua untuk menghilangkan sedu kepada bayi.

Ia mungkin berkesan kerana sentuhan sejuk pada dahi bayi mengalihkan perhatian sistem saraf bayi dan menyebabkan otot diafragma kembali tenang.

Tahukah anda keadaan tersedu ini berlaku apabila kontraksi tiba-tiba dan tidak terkawal menyebabkan udara masuk ke paru-paru dengan cepat dan pita suara tertutup secara mendadak.

Namun, dari sudut perubatan, tidak ada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan cara ini dan mungkin ia lebih kepada kepercayaan tradisional.

Ada segelintir ibu bapa menyangka punca ‘hiccups’ berlaku kerana kekurangan kuantiti air yang diminum oleh anak kecil atau bayi tersebut.

Bagaimanapun, terdapat beberapa punca ‘hiccups’ berlaku:

1.Penyebab fizikal

-makan terlalu cepat atau makan berlebihan

-kerap minum minuman bergas

-perubahan suhu secara mendadak (contoh minum air panas diikuti air sejuk)

2.Faktor emosi

-Stress

-Ketegangan saraf

3.Pada bayi

-Sistem saraf mereka masih belum matang sepenuhnya

-Mungkin disebabkan oleh penyusuan (menelan udara semasa menyusu)

Cara lain untuk mengurangkan ‘hiccups’ bayi:

1. Sendawakan bayi: letakkan bayi dalam posisi tegak dan gosok belakangnya perlahan-lahan.

 2.Kurangkan udara masuk semasa menyusu:gunakan botol susu yang boleh mengurangkan udara

 3.Tukar posisi penyusuan:pastikan kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya semasa menyusu.

Sekiranya ‘hiccups’ berterusan lebih daripada beberapa jam atau sangat kerap berlaku, berjumpalah dengan doktor kerana ia mungkin tanda masalah lain.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here