Home Buletin Semasa CUBAAN SELUDUP UBAT HAIWAN BERNILAI RM430,800

CUBAAN SELUDUP UBAT HAIWAN BERNILAI RM430,800

138
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan ubat haiwan bernilai RM430,000 yang dikesan di Pengkalan Haram Simpangan, di sini pada Khamis.

Menurut Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 3.30 petang apabila ternampak beberapa bungkusan mengandungi ubat haiwan di kawasan pengkalan haram semasa membuat rondaan Op Taring, di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis ubat haiwan dipercayai dari Thailand ditemui tanpa dokumen yang sah. Ubat-ubatan ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here