Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Mungkin anda pernah berdepan dengan anak atau pasangan yang sering mengeluarkan bunyi yang menakutkan dari gigi mereka sewaktu tidur.
Situasi itu kebiasannya dikenali dengan mengetap gigi atau ‘’Bruxism’ yang mana pergerakan mengetap, menggesel antara gigi di rahang atas dan bawah tanpa disengajakan.
Keadaan itu sudah tidak asing lagi dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Malah ia sudah menjadi tabiat ramai setiap kali sedang tidur.
Bagi mereka yang jarang dengar bunyi itu akan berasa agak pelik malah ada yang tidak dapat dengar kerana boleh menimbulkan rasa ngilu.
Kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu tidak sedar akan tabiat tersebut.
Namun, tahukah anda salah satu punca mengetap gigi adalah faktor genetik yang mana diwarisi dalam keluarga selain mempunyai masalah gigi yang tidak sejajar atau masalah gigitan boleh menyebabkan seseorang mengetap gigi tanpa sedar.
Antara punca lain ialah:
1.Tekanan dan keresahan
2.Gangguan tidur
3.Faktor neurologi
4.Pengambilan kafein atau alcohol
5.Kesan ubat-ubatan
Mereka yang sering mengetap gigi ketika tidur cenderung mengalami masalah terhadap kesihatan seperti:
1.Sakit rahang atau kepala
2.Haus pada gigi
3.Keretakan pada gigi
4.Gangguan sendi rahang (TMJ Disorder)
Bagaimanapun, usah risau kerana maslaah tersebut masih boleh dirawat namun bergantung kepada punca masalah itu.
1.Pelindung mulut (mouth guard): alat plastik khas yang dipakai semasa tidur untuk melindung gigi daripada haus akibat geseran. Ianya bagi mengurangkan tekanan pada gigi dan mengelakkan kerosakan gigi.
2.Terapi pengurusan stress: teknik relaksasi seperti senaman pernafasan atau terapi kognitif – tingkah laku.
3.Rawatan pergigian: jika masalah gigi tidak sejajar menjadi punca, doktor gigi boleh membetulkan gigitan menggunakan pendakap gigi atau rawatan prostetik.
4.Kurangkan pengambilan kafein:hindari kafein atau alcohol terutama sebelum tidur.
IMedikel TV






