Home Buletin Semasa PGA TAHAN TIGA LELAKI BERSAMA PIL YABA

PGA TAHAN TIGA LELAKI BERSAMA PIL YABA

149
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga lelaki bersama 110 pil yaba bernilai RM1,650 serta tujuh tiub straw yang disyaki mengandungi heroin bernilai RM25 di dalam sebuah kenderaan jenis Ford di Kampung Kubang Kuau, malam tadi.

Dua daripada suspek yang ditahan berasal dari negara jiran berusia 24 hingga 28 tahun manakala seorang lagi lelaki melayu berusia 37 tahun ditahan dalam serbuan 11 malam semalam oleh Batalion 9 PGA menerusi Op Taring WAWASAN Kelantan.

Ujian saringan awal air kencing menunjukkan kesemua suspek positif dadah jenis Methampetamine.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 39A(1), Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

PGA terus komited mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran dadah dari terus berleluasa di dalam negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here