Home Sukan GUARDIOLA SAMBUNG KONTRAK BERSAMA CITY – LAPORAN

GUARDIOLA SAMBUNG KONTRAK BERSAMA CITY – LAPORAN

133
0

MANCHESTER, England: Pep Guardiola dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontrak sebagai bos Manchester City dengan menandatangani lanjutan setahun kontrak semasanya, lapor The Athletic semalam.

Guardiola menang enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan trofi pertama kelab itu dalam Liga Juara-Juara sejak tiba di Etihad pada tahun 2016.

Kontrak bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu berakhir hujung musim ini.

Ada spekulasi tempoh Guardiola mungkin berakhir dengan City berdepan masa depan tidak menentu susulan pendengaran 115 kes pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana.

Pengarah bola sepak kelab itu Txiki Begiristain, sekutu rapat Guardiola, mengesahkan pemergiannya hujung musim ini.

The Athletic melaporkan pengendali berusia 53 tahun itu akan menandatangani sambungan setahun dalam kontrak semasanya dengan pilihan tambahan setahun lagi.

Guardiola turut menandatangani dua sambungan kontrak di City sebelum ini ketika rehat tugasan antarabangsa pada bulan November.

Juara Inggeris itu kembali beraksi Sabtu ini, berusaha untuk menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut buat pengurus mereka.

Guardiola kalah empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama dalam karier kejurulatihannya.

Terjejas susulan kehilangan pemenang Ballon d’Or, Rodri hingga hujung musim kerana kecederaan lutut, City ketinggalan lima mata di belakang Liverpool di puncak EPL selepas kalah di tangan Bournemouth dan Brighton.

Mereka turut tumpas 4-1 kepada Sporting Lisbon dalam aksi terkini Liga Juara-Juara dan disingkirkan daripada Piala Liga oleh Tottenham.

Guardiola menang 15 kejuaraan utama secara keseluruhan sepanjang tempoh lapan musim di Manchester, termasuk dua Piala FA, empat Piala Liga, satu Piala Dunia Kelab dan satu Piala Super UEFA. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here