Home Luar Negara EMPAT TENTERA PENGAMAN DI LUBNAN CEDERA

EMPAT TENTERA PENGAMAN DI LUBNAN CEDERA

101
0

BEIRUT: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil) memaklumkan empat anggota pasukan pengaman cedera pada Selasa, apabila roket yang kemungkinan besar dilancarkan oleh bukan pihak Lubnan mengenai pangkalan mereka.

“Empat anggota pasukan pengaman Ghana yang bertugas cedera apabila roket mengenai pangkalan mereka di kampung Ramia.

“Satu lagi pangkalan pengaman di Shamma terkena lima serangan roket, manakala seorang yang bersenjata melepaskan tembakan di tempat lain,” kata Unifil dalam satu kenyataan.

Ia tidak menyatakan dalang di sebalik serangan dua kejadian lain itu, atau menyebut mana-mana mangsa maut.

Kementerian Pertahanan Itali berkata, kumpulan Hizbullah yang disokong Iran menyerang pangkalan Unifil di Shamma, selepas Menteri Pertahanan Guido Crosetto pada awalnya menyalahkan Israel atas insiden berkenaan.

Sejak 23 September lalu, Israel meningkatkan kempen pengebomannya di Lubnan kemudian menghantar tentera darat selepas hampir setahun berbalas serangan rentas sempadan dengan Hizbullah.

Hizbullah melancarkan serangan itu bagi menyokong sekutu Palestinnya iaitu Hamas.

Awal Selasa, jurucakap Unifil Andrea Tenenti mengecam serangan ke atas anggota dan pangkalan pasukan itu, yang menurutnya setakat ini sudah mencederakan lebih 20 pasukan pengaman. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here