Home Buletin Semasa PGA RAMPAS PAKAIAN SELUDUP BERNILAI RM164,100

PGA RAMPAS PAKAIAN SELUDUP BERNILAI RM164,100

179
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PENGKALAN KUBOR: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), menumpaskan kegiatan penyeludupan pakaian yang dikesan di Kampung Simpangan, di sini, pada Sabtu.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 4 petang apabila menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati 547 helaian kain pasang bermanik yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Bagaimanapun, suspek melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM164,100,”katanya dalam kenyataan, semalam.

Kes disiasat dibawah Sek. 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan barang rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here