Home Buletin Semasa OLAHAN BUNGA GETAM BURI JADI SENI LUKISAN BATIK

OLAHAN BUNGA GETAM BURI JADI SENI LUKISAN BATIK

303
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Industri kraftangan di Kelantan mengangkat bunga getam buri sebagai simbol identiti negeri ini dengan mengolahnya menjadi seni lukisan batik yang menarik.

Menurut Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Nariman Yusoff, rekaan batik dengan cantingannya yang halus mempamerkan keindahan bunga tersebut sekaligus menginovasikan bunga getam buri dalam rekaan batik.

“Bunga getam buri berwarna kuning, manakala daun pada lukisan itu diolah mengikut kreativiti pereka tersendiri.

“Selain teknik cantingan halus yang digunakan, pereka juga menggunakan teknik lain termasuk tindanan warna yang mana agak sukar untuk menghasilkannya.

“Batik ini boleh dihasilkan menjadi hiasan dinding selain pakaian seperti kemeja atau baju kurung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Promosi Kraftangan Malaysia, di Kota Bharu, di sini, pada Khamis.

Nariman berkata, lukisan batik bermotifkan bunga getam buri itu dihasilkan pada Julai lalu dan mengambil masa selama empat hari sahaja untuk siap.

“Ia bukan sahaja boleh mempromosikan hasil seni tempatan tetapi juga menghayati keunikan dan keindahan flora negeri sebagai satu sumber inspirasi yang berharga.

“Inisiatif ini diharapkan dapat menarik minat pelancong dan meningkatkan ekonomi setempat melalui industri kraftangan yang berdaya saing,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here