Home Buletin Semasa KRAFTANGAN SEDIA PLATFORM UNTUK USAHAWAN PASARKAN PRODUK

KRAFTANGAN SEDIA PLATFORM UNTUK USAHAWAN PASARKAN PRODUK

190
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan mengambil inisiatif menjalankan Program Promosi Kraf Malaysia bagi memberi ruang atau platform kepada usahawan kraftangan untuk memasarkan produk keluaran mereka tersendiri.

Pengarahnya, Nariman Yusoff berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sekaligus menyambut baik hasrat kerajaan dalam menyokong industri tersebut.

“Hari ini kita bawakan seramai 19 orang usahawan dari Kelantan, Melaka, Pulau Penang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah untuk menjual kraftangan yang mereka hasilkan sendiri.

“Target untuk Program Promosi Kraf Malaysia ini kita sasarkan sebanyak RM320,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Promosi Kraf Malaysia 2024, di sini, hari ini.

Nariman berkata selain daripada jualan, pihaknya juga mengadakan interaktif kraf, demonstrasi batik canting serta demonstrasi sulaman kelingkan yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

“Program itu dijangka dapat menarik minat orang ramai untuk hadir sekaligus memberi peluang kepada mereka mengenali industri kraf dengan lebih jelas,” katanya.

Tambahnya, program tersebut bermula hari ini dan berakhir pada 2 November depan.

“Ada pelbagai produk kraftangan seperti produk batik, hasil rimba, perabot kayu dan juga aksesori daripada bidang logam,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here