Home Buletin Semasa LELAKI DITAHAN DISYAKI MILIKI DADAH DAN AIR KETUM

LELAKI DITAHAN DISYAKI MILIKI DADAH DAN AIR KETUM

164
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menahan seorang lelaki yang disyaki memiliki dadah dan air ketum yang dikesan di Kg Kenali Kubang Kerian, di sini, pada Jumaat.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam 8.30 malam apabila menyerbu sebuah rumah atas maklumat dadah semasa menjalankan tugas dalam OP Taring Wawasan, di sini.

Suspek  berumur 22 tahun itu cuba melarikan diri ke kawasan semak berdekatan namun berjaya diberkas.

Hasil pemeriksaan mendapati 850 biji pil Epam bernilai RM 12,750, 90 biji pil Eramin 5 bernilai RM1,350, 14.29gram ganja bernilai Rm217, 14 Kg daun ketum bernilai RM 560, 12 bungkus air ketum bernilai RM120 kesemuanya dijumpai di dalam rumah tersebut dan dirampas.

Turut dirampas adalah dua unit beg duit, dua unit kunci mangga, satu unit meja kayu bulat, sehelai seluar pendek dan sejumlah wang tunai berjumlah RM400 menjadikan nilai keseluruhan RM15,747.

Hasil saringan awal ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis Benzo. Kes disiasat dibawah Sek 6, Sek 12(2), Sek 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 30(3) Akta Racun 1952. Suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik IPD Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here