Home Buletin Semasa MAIK TAMPIL HULUR BANTUAN KEPADA KELUARGA MISKIN NUR NASUHA

MAIK TAMPIL HULUR BANTUAN KEPADA KELUARGA MISKIN NUR NASUHA

162
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tampil menyantuni keluarga miskin Nur Nasuha Nusi, 12 yang kini tular di paparan media untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Menurut Penolong Pegawai Agihan Zakat MAIK, Amir Auni Mohd Roslan, keluarga tersebut layak mendapat bantuan zakat sebanyak RM500 sebulan selain diberikan bantuan segera sebanyak RM2,000 dan bakul makanan.

“Kami bawakan utusan yang mampu membuat mereka bersyukur dan tersenyum.

“Inshaallah dengan bantuan ini, bapa, Mohd Nusi Mamat, 38 tidak perlu lagi berhutang untuk perbelanjaan harian,” katanya dalam ciapan facebooknya, semalam.

Beliau berkata, ini adalah sebahagian usaha berterusan MAIK dalam membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

Jelas Amir, pihaknya juga menyarankan supaya anak sulung mereka Nurul Natasha Balqistina, 13, mendapat biasiswa Tengku Anis MAIK bagi menampung kos perbelanjaan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol.

“Kami juga akan menanggung kos keseluruhan bulanan mereka termasuk bayaran sewa rumah dengan kadar RM150 sebulan,” katanya.

Ujar Amir, beliau mengingatkan anak-anak yang mempunyai peluang untuk belajar dengan penuh kekayaan supaya sentiasa bersyukur dan menggunakan kelebihan tersebut untuk memperoleh ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

“Jadikan kepayahan insan lain yang terlalu inginkan belajar ketika mana mereka berada dalam keadaan susah sebagai motivasi dalam hidup.

“Tidak rugi kita berilmu,” katanya.

Hadir sama menyantuni keluarga tersebut, Imam Masjid Jamek Mahmoodi Bachok, Wan Mohd Fikri Wan Sani.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here