Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 131 helai jaket tiruan bernilai anggaran RM4,585, di Wakaf Bharu, di sini, pada Rabu.
Menurut ciapan Facebooknya, dalam operasi serbuan bersepadu di sebuah kedai pakaian di Pasir Pekan kira-kira jam 10.00 pagi itu mendapati jaket tersebut menggunakan cap dagangan terkenal tanpa kebenaran.

Serbuan itu dilakukan susulan aduan yang diterima daripada pemilik hak cipta cap dagang mengenai aktiviti penjualan jaket tiruan secara atas talian secara berleluasa.
Pemilik premis, seorang lelaki berusia lingkungan 30an, disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 atas kesalahan memiliki dan menggunakan cap dagangan berdaftar untuk tujuan perdagangan tanpa kebenaran.
KPDN Kelantan memberi amaran keras kepada peniaga lain agar tidak terlibat dalam kegiatan penjualan barangan tiruan yang melanggar undang-undang.
Kementerian akan terus menjalankan pemantauan serta tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Kegagalan mematuhi undang-undang boleh membawa kepada hukuman denda yang berat dan kemungkinan penjara.
IMedikel TV






