Home Buletin Semasa TIGA LELAKI TERMASUK TEKONG DITAHAN SELUDUP PATI

TIGA LELAKI TERMASUK TEKONG DITAHAN SELUDUP PATI

321
0

PENGKALAN KUBOR: Tiga lelaki ditahan dipercayai melakukan kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) yang dikesan di belakang Sekolah Kebangsaan Neting, di sini, pada Ahad.

Manakala seorang lelaki Myanmar berumur 49 tahun dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup dua suspek tersebut masuk ke negara ini.

Kesemua suspek ditahan sepasukan anggota Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam lebih kurang 5.30 petang apabila menahan sebuah kereta jenis Perodua Kancil atas maklumat penyeludupan migran.

Menurut ciapan Facebooknya, hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki berada dalam kereta tersebut. Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai warganegara Myanmar.

Kedua orang suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala pemandu yang menjadi tekong ditahan di bawah Sek 26J Akta ATIPSOM 2007 dan telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here