Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan beg tangan tiruan bernilai RM88,500, di Sekatan Jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam, di sini.
Menurut ciapan Facebooknya, tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA pada jam lebih kurang 6.20 petang apabila menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Isuzu mendapati 590unit bungkusan beg tangan dipercayai tiruan yang disyaki diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.
Suspek dua orang lelaki berumur 31 dan 30 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beg tangan tiruan tersebut ke pasaran tempatan.
Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagang 2019. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






